Monday, January 31, 2011

5 website yang perlu dilawati untuk hilangkan boring

5 website yang perlu dilawati untuk hilangkan boring

Biasanya sesebuah website itu dibuat dengan tujuan seperti update maklumat atau sebagai media sosial dan promosi. Namun begitu, aku ingin berkongsi dengan korang 5 website yang dibina dengan tujuan untuk menghabiskan masa pengunjungnya sahaja dan hilangkan boring tahap gaban.

Aku pun tak pasti apa tujuan owner web tu buat website sebegini rupa. Tapi memang leka gak kalau korang layan. Jom try test tengok.

1. Eternal Moonwalk
Website ini dibuat sebagai tribute to Michael Jackson. Kandungannya hanyalah video-video berkaitan dengan ‘moonwalk’sahaja.


2. Paper Toilet
Begitu juga website ini kita cuma akan menarik 1 roll tissue tandas. Tidak ada petunjuk dan navigation apapun. Pointnya adalah, kita cuma roll tissue sampai habis. Tidak ada reward papun.hehe. Benar-benar membuang masa, tapi dari sudut positif, kita boleh menghabiskan tisu tanpa perlu mengurangkan jumlah pokok di dunia ini.


3. Falling Sand
Seperti tajuknya, falling sand. Klik website ini dan kita akan terus melihat pasir yang berwarna warni jatuh dari atas. klik dan tarik garis disana sini, mainkan pasirnya, itu sahaja, cuma itu kandungannya.


4. Horse Quartet
Ada 4 kuda, dan semuanya pandai bernyanyi atau bersuara. Gambar yang lucu, suara2 yang menarik, membuat kita terhipnotis sesaat. Main dan kombinasikan semuanya, kita yang kawa


5. Screaming Bean
Nak lepaskan geram pada Mr Bean? Kacang lari dan kita picit sampai leper. Animasinya sangat memprovokasi kita untuk melakukannya. Tak percaya? cubalah sendiri.

No comments:

Post a Comment